FAMA TV
Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MOU KERJASAMA STRATEGIK ANTARA FAMA & GOBUILDERS NETSOFT SDN. BHD (GOLOG)

7 November 2023
10.00 Pagi
Hotel Marriot Putrajaya
Kerjasama strategik FAMA dan GOLOG ini dapat membantu para usahawan dalam menguruskan produk keluaran mereka dari segi perkhidmatan logistik rangkaian sejuk pintar kepada FAMA dan FAMACORP bagi mengurangkan kerosakan dan kerugian, meningkatkan kecekapan penghantaran, dan menyediakan sokongan harga yang berpatutan melalui teknologi dan perkongsian hub dalam sokongan logistik rangkaian sejuk GOLOG.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Beliau turut menyaksikan sesi menandatagani perjanjian persefahaman (MoU) yang berlangsung antara FAMA yang diwakili Encik Shahrizan Bin Sudiman, Pengarah Kanan (Pemasaran Segar) FAMA dan wakil Syarikat Go Builders Netsoft Sdn Bhd (GOLOG) yang diwakili Encik Ivan Chin Wen Hau, Ketua Pegawai Eksekutif GOLOG serta MoU antara FAMACorp dan Gobuilders Netsoft Sdn Bhd.
Turut hadir YB Datuk Mohd Faizal Bin Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi Inovasi dan DigitalMerangkap ADUN Linggi, Negeri Sembilan, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
Gobuilders Netsoft Sdn Bhd atau GOLOG adalah penyedia perkhidmatan Sistem Penghantaran dan Infrastruktur yang menfokuskan kepada perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan menggunakan Platform Logistik Rantaian Sejuk Beku Pintar yang beroperasi melalui Sistem Pengendalian Aplikasi Mudah Alih (yang dikenali sebagai Sistem Platform GOLOG) di bawah jenama dan cap dagang GOLOG yang dimiliki sepenuhnya oleh Go Builders Netsoft Sdn Bhd.

Popular

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

FamaTV Systems

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (KPKM) 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀

FamaTV Systems

Intervensi Kelapa Pusat Operasi Dengkil

FamaTV Systems

Leave a Comment