FAMA TV
Berita

Jualan Agro MADANI @ Selangor Days

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ @ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐˜
23 Februari 2024 (Jumaat)
Ibu Pejabat FAMA
Penganjuran Jualan Agro MADANI adalah penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM menerusi FAMA, LPP dan LKIM diseluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah pada harga berpatutan kepada pengguna melalui pengurangan lapisan perantara pasaran dengan penjimatan 10%-30% barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, minyak masak untuk barangan keperluan asas.
Pada Edisi kali ini Jualan Agro MADANI @Selangor Day mempromosikan Jualan Istimewa dengan harga Seekor Ayam RM10.00, Ikan Siakap seekor RM5.00, Beras Putih Tempatan 10kg RM26.00, Set Kombo MADANI Agromas, Set Kombo MADANI RM5.00, Rose Melon RM7.00 Sebiji, Set Buah Naga dan Jambu Lohan RM10.00. Pembelian kupon secara atas talian dari Agrobazaar Online juga disediakan buat para pengunjung.
Jualan Agro MADANI @ Selangor Day diserikan lagi dengan kehadiran dari penyampai radio Suria FM seperti Ajak, Kai, Tok Fizz, Chiwan, Rara dan DJ Lin. Pemberian percuma SURIA Belanja Makan kepada 100 pengunjung yang hadir. Penampilan khas dari kumpulan Nasyid Hijjaz juga turut menyerikan suasana.
Jualan Agro MADANI @Selangor Day telah disempurnakan oleh YBrs.Encik Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Beliau juga telah membuat ๐’˜๐’‚๐’๐’Œ๐’‚๐’ƒ๐’๐’–๐’• disekitar tapak program dan menyantuni peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung.
Turut hadir sama, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Eamy Binti Mokhtar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak Bahagian Pembangunan Luar Bandar, YBrs. En. Azhar Bin Jamaludin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran FAMA dan Timbalan-Timbalan Pengarah FAMA Negeri Selangor.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

Leave a Comment