FAMA TV
Berita

FAMA sasar eksport 300 tan metrik ayam proses ke Sabah setahun

MELAKA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mengeksport kira-kira 300 tan metrik ayam proses setahun dari Semenanjung ke Sabah dengan anggaran pembelian RM3 juta.
Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata buat permulaan, FAMA mengeksport sebanyak 12 tan metrik ayam proses dengan anggaran nilai RM110,000 menerusi penghantaran pertama yang berlepas pada Rabu.
Beliau berkata inisiatif itu bagi menampung keperluan penduduk Sabah yang ketika ini mendapatkan bekalan ayam proses import dari Thailand dan China.
β€œSelain itu, inisiatif ini dilakukan selaras dengan pindaan Akta 141 FAMA 1965 yang membenarkan agensi ini mengurus pemasaran produk ternakan sekali gus membuka peluang lebih luas kepada FAMA memasarkan produk pertanian dan ternakan.
β€œIa juga bertujuan membantu penternak dan usahawan tani memasarkan produk mereka dengan cara yang lebih berkesan,β€œ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelepasan Penghantaran Ayam Proses Ke Pasaran Sabah di Pejabat FAMA Melaka di sini semalam.

Popular

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

FamaTV Systems

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ (KPKM) πŠπ„ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€

FamaTV Systems

Intervensi Kelapa Pusat Operasi Dengkil

FamaTV Systems

Leave a Comment