FAMA TV
Berita

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah menerima lawatan kerja rasmi daripada YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), satu inisiatif penting yang bertujuan untuk meninjau secara langsung operasi serta pelaksanaan tugas di peringkat negeri. Lawatan dua hari yang berlangsung dari 22 hingga 23 April 2025 ini telah memberikan ruang untuk penilaian menyeluruh terhadap peranan serta keperluan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan FAMA di negeri berkenaan.
Sepanjang sesi lawatan, pelbagai sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan yang melibatkan pengurusan tertinggi pejabat negeri dan kakitangan sokongan. Fokus utama perbincangan adalah berkaitan pengurusan sumber manusia, keberkesanan sistem sokongan logistik serta penyelarasan pentadbiran dalaman yang lebih strategik dan tersusun.
Lawatan kerja ini bukan sahaja memperkukuh semangat kerjasama antara pihak pengurusan tertinggi dengan warga kerja negeri, malah turut membuka ruang kepada cadangan penambahbaikan serta perkongsian pandangan dalam usaha melonjakkan prestasi perkhidmatan awam khususnya dalam sektor pemasaran pertanian.
Keseluruhannya, lawatan ini telah mencapai matlamatnya sebagai satu langkah proaktif dalam memastikan setiap pejabat FAMA negeri kekal efisien, berdaya saing dan responsif terhadap aspirasi pembangunan sektor agromakanan negara.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment