FAMA TV
Berita

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

FAMA Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban bersama usahawan (Jo Jalil MyHygrowfarm Ville) serta kakitangan FAMA Negeri Perak yang bertempat di perkarangan RTC Perak.
Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan sempena program ini. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, yang turut serta dalam perlaksanaan ibadah korban serta menyempurnakan agihan daging korban kepada para penerima. Turut hadir, YBrs. Puan Azleena Binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak.
Program ini bukan sahaja bertujuan melaksanakan ibadah korban, malah turut memupuk semangat gotong-royong serta mempererat silaturahim antara usahawan dan warga kerja FAMA Negeri Perak.

Popular

Mjalis Perasmian Penutup FAMA Fest Perak

FamaTV Systems

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA TIMBALAN KETUA PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN 2025

FamaTV Systems

Majlis Ibadah Korban 1446H2025M FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment