๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐
8 Ogos 2025
๐ Medan Agrobazaar Tol Pertama, Slim River
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited dalam memperkasakan ekonomi luar bandar menerusi pelancaran Medan Agrobazaar Tol Lama Slim River iaitu sebuah pusat niaga agro yang mengutamakan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna akhir. Medan ini dibangunkan di tapak bersejarah Plaza Tol Lama Slim River yang telah beroperasi sejak tahun 1966 dan kini tampil dengan wajah baharu yang moden, sekali gus memberi nafas segar kepada kawasan setempat melalui penyediaan fasiliti yang selesa dan lokasi yang strategik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, dengan kehadiran YB Puan Salina binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang.
Medan ini menempatkan usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai hasil segar seperti buah-buahan, air kelapa muda, serta produk Industri Makanan Asas Tani (IMAT). Antara produk yang menjadi tarikan utama ialah Rebung Madani, produk ikonik Slim River yang dihasilkan melalui kutipan komuniti kampung dan masyarakat Orang Asli setempat.
Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Puan Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Galakan Pasaran & Kepenggunaan, Pn. Azleena binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak, bersama pegawai-pegawai kanan serta warga kerja FAMA.
Dengan nilai jualan terkumpul mencecah RM25,700 dalam tempoh lima bulan beroperasi, medan ini membuktikan potensinya sebagai pemacu ekonomi baharu luar bandar. Pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Kombo Madani, demontrasi masakan, kempen makan buah-buahan tempatan dan penyampaian hadiah turut memeriahkan majlis perasmian.
Medan Agrobazaar Slim River melambangkan kejayaan kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana dan komuniti dalam membangunkan ekosistem niaga luar bandar yang mampan, tersusun dan berimpak tinggi.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#HarungiBersama
#OurFoodOurFuture

