Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan Kempen Jom Makan Buah-Buahan Tempatan @ Parlimen yang berlangsung di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia dengan sokongan kepimpinan tertinggi negara.
Kempen βππππππ ππ£ πππ ππ£ π½πͺππ-π½πͺππππ£ πππ’π₯ππ©ππ£, πππ‘ππππ£ πππ₯ππ© π½ππ§π πππ¨πππ©β ini menggalakkan rakyat meningkatkan pengambilan buah segar tempatan yang enak dan penuh nutrisi, sekali gus menyokong industri pertanian negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap buah import.
Antara buah-buahan yang diketengahkan ialah durian, rambutan, nanas, pomelo, buah naga, nangka, dokong dan jambu lohan yang semuanya melambangkan kekayaan hasil bumi Malaysia serta mencerminkan usaha gigih para petani dalam menyediakan produk terbaik untuk dinikmati rakyat.
Mari bersama FAMA menjadikan buah tempatan pilihan utama demi kesihatan, kesejahteraan rakyat dan kemajuan agromakanan negara.

