FAMA TV
Berita

Kempen “𝙇𝙚𝙗𝙞𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙖𝙝-𝘽𝙪𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣, 𝙋𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙥𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙝𝙖𝙨𝙞𝙖𝙩”

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan Kempen Jom Makan Buah-Buahan Tempatan @ Parlimen yang berlangsung di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia dengan sokongan kepimpinan tertinggi negara.
Kempen “𝙇𝙚𝙗𝙞𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙖𝙝-𝘽𝙪𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣, 𝙋𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙥𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙝𝙖𝙨𝙞𝙖𝙩” ini menggalakkan rakyat meningkatkan pengambilan buah segar tempatan yang enak dan penuh nutrisi, sekali gus menyokong industri pertanian negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap buah import.
Antara buah-buahan yang diketengahkan ialah durian, rambutan, nanas, pomelo, buah naga, nangka, dokong dan jambu lohan yang semuanya melambangkan kekayaan hasil bumi Malaysia serta mencerminkan usaha gigih para petani dalam menyediakan produk terbaik untuk dinikmati rakyat.
Mari bersama FAMA menjadikan buah tempatan pilihan utama demi kesihatan, kesejahteraan rakyat dan kemajuan agromakanan negara.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment