FAMA TV
Berita

JUALAN KHAS AGRO MADANI BULAN KEMERDEKAAN @ PASAR TANI PUTRAJAYA

PROGRAM PELANCARAN JUALAN KHAS AGRO MADANI BULAN KEMERDEKAAN @ PASAR TANI PUTRAJAYA
29 OGOS 2023
PASAR TANI PUTRAJAYA
Bagi membolehkan rakyat mendapat akses kepada bahan makanan segar pada kadar yang berpatutan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjenamakan semula Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) kepada Jualan Agro MADANI.
Bersempena dengan ulang tahun ke 66, istimewa pada penganjuran Jualan Agro MADANI pada hari ini adalah aktiviti bertemakan sambutan kemerdekaan di mana gerai-gerai jualan di Pasar Tani Putrajaya telah dihiasi dengan Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat di kalangan usahawan dan pengunjung.
Selain itu, YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut mengedarkan bendera Malaysia kepada pengunjung dan telah melancarkan jualan “happy hour” Kombo MADANI Merdeka 66 berharga RM6.60 per unit yang mengandungi produk agromakanan seperti minyak masak, cili merah, kobis, bawang besar dan kentang.
Pelaksanaan program Jualan Agro MADANI akan sentiasa dipantau dan diperluaskan selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023) iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” yang menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan tekad dan meletakkan komitmen yang tinggi dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan hasrat Kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan kos sara hidup yang masih tinggi.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.
KPKM akan menganjurkan Karnival Jualan Mega Agro MADANI Peringkat Kebangsaan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka pada 30 Ogos hingga 3 September 2023 ini dan terdapat pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti Jualan Agro MADANI dengan penjimatan sehingga 30%, Kaunter Khidmat Pelanggan, Forum Perdana Edisi Merdeka, dan lain-lain.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JikaTergangguKamiAda

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ FAMA POINT

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑

FamaTV Systems

PROGRAM 2 TAHUN MADANI @ CONFERENCE HALL KLCC

FamaTV Systems

Leave a Comment