FAMA TV
Berita

Walkabout JAM Mega Perak

27 Jun 2026 | Sabtu | RTC Perak
๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—•๐—ข๐—จ๐—ง ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ฅ๐—ข ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐— ๐—˜๐—š๐—” (๐—๐—”๐— ) @ ๐—ฅ๐—ง๐—– ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
YB Datoโ€™ Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak telah mengadakan sesi walkabout sempena Program Jualan Agro Madani Mega (JAM) 2026 @ RTC Perak.
Turut mengiringi beliau ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan & Operasi); YBrs. Encik Mohamad Kamil bin Mohamad Kasim, Pegawai Daerah Kampar; YBrs. Encik Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; YBrs. Puan Intan Suraya Binti Ibeni Hajar; Pengarah Kanan Institusi Pasaran, YBrs. Puan Azleena binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak; YBrs Encik Azizan bin Had, Pengarah Wilayah Agrobank Perak; barisan ketua jabatan serta wakil-wakil agensi yang terlibat.
Sepanjang sesi walkabout, YB Datoโ€™ Zolkafly berkesempatan meninjau gerai-gerai jualan, beramah mesra dengan para usahawan serta mendapatkan penerangan mengenai pelbagai produk agromakanan yang dipamerkan. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasakan usahawan tempatan dan menggalakkan masyarakat mendapatkan produk agromakanan berkualiti yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan.
Penganjuran JAM Mega 2026 @ RTC Perak menyasarkan kehadiran seramai 50,000 pengunjung, dengan jangkaan nilai jualan sebanyak RM750,000 serta penjimatan kepada pengguna sebanyak RM225,000 sepanjang program berlangsung. Program ini menghimpunkan 132 lot pameran dan jualan melibatkan 89 usahawan, termasuk kira-kira 30 peratus usahawan baharu.
Antara tarikan utama ialah tawaran 5,000 unit Kombo MADANI pada harga promosi RM10.00, selain jualan 20 metrik tan durian, lebih 15 metrik tan buah-buahan tempatan serta 450 unit Set Dulang Durian pada harga RM30.00, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati produk agromakanan berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.
“๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ & ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„: ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰”

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐†๐€ @ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment